Biodata Ustaz Tarmizi Abd Rahman

Yang berbahagia Ustaz Tarmizi Abd Rahman dilahirkan di Batu Kurau, Taiping, Perak. Dibesarkan di Alor Setar, Kedah dan kini menetap di Slim River, Tanjung Malim, Perak.

Mendapat pengajian di Maktab Mahmod, Alor Setar, Kedah. Seterusnya menyambung pengajian di dalam bidang Usuluddin, Aqidah & Falsafah di Universiti Al-Azhar, Mesir dari tahun 1985 hingga 1992.

Hari ini merupakan pendakwah bebas sepenuh masa menjalankan kerja-kerja dakwah di Slim River, Perak & juga di negeri Selangor.