Muqaddimah oleh Penterjemah


Salam Buku Al-Iman: Arkaanuhu wa Haqiiqotuhu wa Mubthilaatuhu (Iman: Rukun, Hakikat & Pembatalannya) adalah karangan Dr Muhammad Naim Yasin, Pensyarah di Universiti Jordan, Amman, Jordan. Perbahasan buku ini dibahagi kepada 2 bahagian:
  1. BAHAGIAN PERTAMA : Mengenai Rukun Iman & Hakikatnya, membicarakan hal Rukun Iman, yang mengandungi Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah & Tauhid Asma' wal-Siffat pengaruh beriman kepada malaikat, kewajipan kita terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasul, Kitab-Kitab yang Allah turunkan, fitnah dalam kubur, alamat-alamat Qiamat, permulaan Akhirat, Syurga & Neraka, pengaruh beriman kepada Qada' & Qadar, Hakikat Iman, Iman boleh bertambah & berkurang & sebab-sebab yang bleh menambahkan Iman.
  2. BAHAGIAN KEDUA : Membicarakan mengenai cara memeluk Islam, sebab-sebab yang menjatuhkan agama, cara kembali kepada Islam, berpuas hati dengan kufur, wala' kepada orang-orang kafir, orang yang dipaksa, di mana penulis membicarakan panjang mengenai wala' kepada orang kafir.
Di akhir bahasan, penulis menyentuh hal mukmin yangh melakukan perbuatan maksiat, contohnya dosa besar & sebab yang boleh menghapuskan dosa seseorang hamba.
Mengingatkan kepada pesanan Rasulullah SAW yang menceritakan bahawa umatnya akan berpecah kepada 73 puak, hanya 1 puak sahaja yang akan memasuki Syurga, iaitu golongan yang berpegang & beramal dengan dasar iaitu manhaj "yang aku & sahabat-sahabat aku berjalan di atasnya...".
Mengingatkan kata-kata Imam Malik RHM yang bermaksud:
"Baik buruknya mereka yang terkemudian dari umat ini bergantung kepada mereka yang terdahulu"
Mengingatkan perkembangan bilangan pelajar di sekolah agama di rantau kita ini makin hari makin bertambah banyak, manakala buku Tauhid dalam bahasa melayu, yang disusun dengan susunan baru & mudah difahami serta mencakupi semua perbicaraan mengenai Tauhid, terutama perbicaraan mengenai pembatalan Tauhid tidak dapat memenuhi tuntutan mereka.

Oleh: Abu Lutfi Abd Rahman bin Haji Abdullah - Pattani, 28 Rabi'ul Awal 1423H